ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

Isnin, 16 Januari 2012

PANTUN ENAM KERAT

PANTUN ENAM KERAT
MAKSUD
Rangkap 1:
Kekecewaan yang dialami dalam percintaan tidak dipedulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekecewaan tersebut sangat memedihkan.

Rangkap 2:
Semua perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, dan bukan disebabkan salah ibu yang mengandungkannya.

Rangkap 3:
Kekecewaan seseorang terhadap kekasihnya yang sudah menemui pengganti sehingga kekasih yang lama itu sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi.

TEMA
Kekuatan, ketahanan dan ketabahan hati ketika berhadapan dengan kekecewaan dalam bercinta

PERSOALAN
· Menyembunyikan perasaan sedih
· Setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Tuhan
· Nasib orang yang diketepikan

BENTUK
· Terdiri daripada 3 rangkap.
· Berisi 6 baris serangkap.
· 3 baris pertama ialah pembayang, manakala tiga baris berikutnya ialah maksud.
· Bilangan katanya 4-5 patah kata sebaris.
· Terdiri daripada 9-11 suku kata sebaris.
· Rima akhirnya: abcabc

GAYA BAHASA
· Peribahasa:
- Ibarat kaca jatuh ke lantai
- Ibarat melukut di tepi gantang

· Sinkope:
- Rasa pedih buat tak hirau

· Anafora:
- Sudah takdir sudah suratan
Sudah nasib jadi begini

· Epifora:
- Gelama tidak berumpan lagi
- Yang lama tidak berkenan lagi
· Inversi:
- Hati luka pura tiada (Hati luka tiada pura)

NILAI
· Ketabahan
· Ketahanan diri
· Kesetiaan
· Percaya pada qadak dan qadar

PENGAJARAN
· Kita hendaklah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecewaan yang berlaku dalam hidup kita.
· Kita hendaklah tabah menghadapi permasalahan cinta beralih arah yang berlaku antara pasangan kekasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan